Wednesday, September 4, 2013

USAHAWAN DUNIA, USAHAWAN AKHIRAT



Bismillah.
Ha.. hari ni nak ajak semua ke Konvenyen Usahawan Muslim!
Ramai orang menceburi bidang perniagaan kerana ingin kaya, namun adakah kaya di dunia sahaja matlamat kita? Jom sama-sama kita hayati dan fahami makna sebenar “Bisnes  Sebagai Fardhu Kifayah”.
Dunia ini adalah tempat utk kita bercucuk tanam, inshaAllah di akhirat sana kelak adalah tempat hakiki untuk kita tuai segala usaha kita .
Manfaatkan bisnes kita sebaiknya bagi meraih redha Allah.
Jadikan bisnes sebagai satu medan untuk menyampaikan mesej Islam, membantu umat Islam dan pastinya yang paling utama sebagai ibadah kepada Allah.


Jom la bersama-sama menimba ilmu dengan speaker-speaker hebat dalam lapangan business ini!
Mereka adalah:

-Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan          Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd
- Dato’ Sri Syed Zainal Abidin                                 Pengerusi Minsyam Sdn Bhd.
- Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin.               Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd
- Dato’Dr Rusly Abdullah (Chef Li)                        Mentor Jutawan Senyap

Dan…
- Datuk Nadzim Johan                                Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi                  Penceramah Bebas

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Konvesyen Usahawan Muslim ini layarilah laman web ini:
InshaAllah pelbagai ilmu akan kita peroleh melalui konvesyen ini.
Moga kita bertemu di Konvesyen Usahawan Muslim ini ya!

2 comments:

Anonymous said...

inshallah, akan hadir! :)

Immnaa said...

SubhanAllah! best3x!!!!
(^^) mESTI PERGI!