Tuesday, December 15, 2015

BISNES T SHIRT PRINTING

ANDA mahu memulakan perkhimatan cetakan t shirt? Anda masih membuat kira-kira dan hala tuju perkhimatan ini? Kami kongsikan sedikit pengalaman dalam bergelumang dalam Industri Ini.

Persoalan yang anda bermain dalam fikiran anda?

- Premis kedai atau tempat
- Mesin yang di gunakan
- tempat belajar
- Modal
- Pelanggan

PREMIS



Mengapa menjadikan ini sebagai halangan anda? Kami mempunyai premis kedai (sewa je pun) sendiri setelah lebih 2 tahun beroperasi. Malah ada rakan kami yang sudah 5 tahun beroperasi masih tidak ada kedai namun masih menyediakan perkhimatan cetakan T SHIRT.
Permulaan jadikan medium Facebook atau istagram sebagai tempat anda menjalankan perniagaan.

MESIN DAN BAGAIMANA CETAK T SHIRT

Masalahnya di sini adalah cetakan tshirt ini di buat?  Sebenarnya tiada mesin yang di gunakan, semua peralatan boleh di lakukan sendiri, dan kini barang printing juga mudah untuk didapatkan. Untuk mengelakan anda kerugian maka laburlah sedikit modal untuk ke kelas cetak t shirt. Namun saya tidak nafikan anda boleh belajar dari Google atau You Tube.

-Silk screen- Heat Press - DTG - Embroidery-

MODAL



Untuk memulakan perniagaan ini anda menggunakan modal dari pelanggan, Dapatkan Design T shirt dari Pelanggan dan kira kos anda (Untuk permulaan minta bantuan kilang). Setelah pelanggan bersetuju dengan harga anda, pastikan anda mendapatkan deposit 50-70%. Ini adalah sebagai modal anda.

PELANGGAN


Anda lakukan kajian, siapa yang memerlukan perkhidmatan anda. Mulakan dengan keluarga, dan kawan-kawan. Kemudian cari pelanggan sekitar atau berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja ini bagi memudahkan anda berurusan. Malah dalam zaman ini, pelanggan mudah berurusan melalui talian sama ada Facebook atauBina Kepercayaan pelanggan dan sabar dengan karenah mereka.

*** Tips...
Bisnes cetak T Shirt printing ini tidak memerlukan anda melakukan kerja-kerja cetakan. Anda hanya berurusan dengan pelanggan dan kilang cetak T shirt. (pastikan Kilang cetak T shirt anda mempunyai kredebiliti di mana dapat mengotakan janji)

AHBAR PRINTING sedia membantu anda,
Untuk menjadi agen kami
boleh datang ke
38-1, Jalan Genting Kelang, Jalan 1/23a, 53300 Setapak KL
email : ahbarprinting @gmail.com
whatsapp 013 342 9169







No comments: